Rawatan Invisalign

Kaedah Invisalign ialah rawatan meluruskan kedudukan gigi dengan menggunakan cara yang hampir tidak kelihatan untuk mendapatkan senyuman idaman anda. Dengan menggunakan teknologi pengimejan komputer 3D , Invisalign mampu memberikan pelan rawatan yang lengkap, dari kedudukan asal gigi anda ke spesifikasi susunan kedudukan yang anda kehendaki. Setiap satu siri set aligner tanpa warna dibuat mengikut susunan gigi yang anda inginkan dengan cara memindahkan kedudukan gigi sedikit demi sedikit.  Setiap aligner dipakai selama kira-kira dua minggu sebelum digantikan dengan yang set seterusnya dalam siri ini sehingga kedudukan gigi anda dicapai.

 

KELEBIHAN INVISALIGN

Spesifikasi: Acuan kedudukan gigi asal anda akan diambil dan kemudian aligner akan disesuaikan dengan kedudukan gigi yang anda inginkan.

Berkesan: Walaupun sebelum rawatan Invisalign anda selesai, kedudukan gigi anda akan bertambah baik dan anda akan mula menikmati faedah daripada senyuman yang lebih baik.

Boleh ditanggalkan: Invasilign boleh ditanggalkan untuk makan, minum, memberus gigi, flos dan untuk majlis khas.

Selesa: Kemasan rekaan Invasalign tidak menyakitkan gusi atau pipi anda.

Kejelasan: Rekaan Invisalign tidak jelas kelihatan sehingga tidak sesiapa pun menyedari rawatan pergigian yang anda lakukan.

PROSES RAWATAN INVISALIGN

Langkah 1: Perundingan Awal

Semasa rundingan, pakar ortodontik kami akan mengambil sinar-X anda dan membincangkan masalah gigi anda. Seterusnya fotografi klinikal dan acuan gigi akan diambil, untuk digunakan bagi menghasilkan imej digital 3D. Pakar ortodontik akan  merancang pergerakan gigi anda sepanjang tempoh rawatan garis masa Invisalign.

Langkah 2: Sahkan Pelan Rawatan

Dengan menggunakan teknologi 3D, doktor akan menunjukkan gambaran bagaimana gigi anda akan bergerak dengan setiap peringkat rawatan. 

Langkah 3: Menerima Tempahan Khas Alinger Anda

Selepas mengesahkan pelan rawatan individu, anda akan menerima satu siri aligner yang ditempah khas. Untuk hasil yang terbaik, anda perlu memakai aligner lebih daripada 20 jam setiap hari, kecuali sewaktu makan dan minum. Bagi memantau perkembangan rawatan anda, anda akan dijadualkan menghadiri pemeriksaan berjadual dengan doktor anda.

 

Share this article:
Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

Recent Post